Followers

Friday, April 27, 2012

KEJURUTERAAN GENETIK

1)Nyatakan semua soalan?
Jika saya merupakan seorang saintis yang terlibat dengan kajian profesor Kazufumi Yazaki , adakah saya akan memasarkan rokok tanpa nikotin tersebut?berikan pendapat?

2)Nyatakan pendapat anda?
Ya , saya bersetuju untuk memasarkan rokok tanpa nikotin tersebut .


3)Beri 3 sebab yang menyokong pendapat anda?
BUKTI PERTAMA :- Dapat memberi tenaga dekat otak kita

BUKTI KEDUA:- Dapat mengurangkan kadar menghidap penyakit alzhemeir's and parkinson

BUKTI KETIGA :- Nikotin akan memberi rasa tenang dalam beberapa keadaan.

4)Berikan 3 rujukan

Diambil dari :- aku noni ke ?


Thursday, April 26, 2012

Jika saya merupakan seorang saintis , ANTARA tumbuhan yang saya akan kulturkan ialah sayur taugeh KERANA:-
1)ia mudah tumbuh dengan cepat
2)saya pernah melakukan eksperimen tersebut
3)ia menjimatkan kos
4)ia boleh menghasilkan tanaman yang bermutu tinggi , sihat dan bebas penyakit

Wednesday, April 25, 2012

CHICKEN KFC OR SMOKE

Jika saya menjadi seorang saintis , cara yang saya akan gunakan untuk memberitahu masyarakat mengenai bahan karsinogen yang terdapat dalam rokok dan daging panggang/sate ialah :-

-saya akan mengadakan beberapa ceramah tentang apa bahan bahan yang ada di dalam rokok dan daging panggan sate tersebut dan saya akan menceritakan keburukan yang dihadapi oleh mereka , jika mereka terlalu ketagih dengan benda tersebut .

Tuesday, April 24, 2012

COMEL KAN DIORANG !


Pada pendapat saya bagi seseorang yang mempunyai meiosis tidak sempurna , macam macam boleh berlaku , mungkin juga mereka akan mengalami kecacatan di salah satu anggota badan mereka . Meiosis yang kita dah pelajari hanya ada tiga :-
1)syndrome down
2)klinefelter down
3)turner down

Monday, April 23, 2012

CICAK ! CICAKK ! AWASSS !



Saya merasakan bahawa cicak ini mempunyai kelebihan , terutama di ekornya tersebut. Kerana apabila ekornya tercabut , ia boleh menghasilkan ekor yang baru dalam masa 30 hari mungkin. Mungkin ini keajaiban ALLAH diberikan kepada cicak untuk menyelamatkan dirinya daripada pemangsa. Mungkin cicak ini tidak melibatkan Meiosis , pembentukan gamet atau persenyawaan.Mungkin terdapat hanya satu induk yang terlibat .Disebabkan itu , cicak boleh hidup dengan menghasilkan 1 anak sahaja , dan boleh mewujudkan ekor yang baru.

Friday, April 20, 2012

AKTIVITI 7 & 8


1.Apakah kekeliruan yang kamu hadapi semasa mempelajari Aktiviti 7 dan Aktiviti 8?

a)Berikan dua kekeliruan yang kamu hadapi?


i)Kekeliruan yang saya hadapi yang pertama adalah , saya fikir bahawa MEIOSIS hanya terdapat satu fasa sahaja.Rupanya MEIOSIS melalui dua fasa, iaitu FASA I DAN FASA II.Seterusnya saya fikir bilangan anak yang dilahirkan oleh MITOSIS dan MEIOSIS adalah sama , rupanya tidak , malahan pula , bilangan anak yang dilahirkan oleh MEIOSIS lebih banyak berbanding MITOSIS.

ii)Kekeliruan yang kedua saya hadapi pula ialah saya fikir adakah kita dilahirkan hanya pada MEOSIS sahaja? Mungkin tidak . ehemm . Disamping itu , saya fikir bahawa bilangan kromosom di antara sel soma datuk , bapa dan anak adalah tidak sama , rupanya tanggapan saya itu salah.Di samping itu , saya keliru kerana hanya melalui Meiosis pembiakan seks bagi organisma dapat dilakukan . Betul ke ? 


b)Cadangkan nama pelajar yang kamu ingin menjawab kekeliruan 
kamu:

Saya mencadangkan nama nama di bawah ini untuk menjawab kekeliruan saya:


2)Apakah tanggapan pertama anda mengenai Meiosis?
(70 patah perkataan)

Tanggapan saya ialah saya berfikir bahawa Meiosis ni hanya mengalami satu FASA sahaja , rupanya saya salah , ia mengalami dua FASA . Di samping itu , saya mengganggap di MEIOSIS tiada berlakunya Crossing over , ternyata saya salah juga . Selain itu , saya menyangka bahawa proses yang berlaku di antara FASA I dan FASA II adalah sama , rupanya ia berbeza sekali. Saya juga menyangka bahawa tiada sel anak haploid yang terbentuk , ternyata ia juga salah , justeru itu , akhirnya saya dapat berlajar tentang apa yang berlaku di setiap peringkat peringkat di dalam MEIOSIS.


3)Sila buat ringkasan apa yang telah dipelajari mengenai Meiosis?
(100 patah perkataan)

Meiosis adalah salah satu sel yang mengalami pembedahan.Ia berlaku di sel kelamin atau lebih dikenali sebagai sex cell.Seterusnya ia membentuk 4 sel anak haploid.Disamping itu , pembelahan di meiosis terjadi sebanyak dua kali.Meiosis mempunyai dua FASA yang berbeza , iaitu MEIOSIS I DAN MEIOSIS II . Meiosis I ialah PROFASA I, METAFASA I, ANAFASA I , TELOFASA I . Meiosis yang ke II pula ialah PROFASA II , METAFASA II , ANAFASA II dan TELOFASA II . Pada proses MEIOSIS I , pada tahap Profasa I DNA disusun dalam kromosom ataupun dikemas.Pada Metafasa I , membran nukleus menghilang . Seterusnya peringkat Anafasa I , yang berlaku adalah pasangan homolog berpisah dan bergerak ke kutub bertentangan akibat  pemendekan gelendung.Pada Telofasa I yang berlaku adalah Sitokinesis pada bahagian sitoplasma berlaku secara pencerutan membran sel nukleus , cuma ini sahaja yang saya dapat beritahu . Sekian ><


4)Setelah anda mempelajari sel , adakah pengetahuan mengenai Meiosis yang anda dapat kaitkan dalah kehidupan anda? 
(50 patah perkataan)

Meiosis ini dapat dikaitkan dalam kehidupan kita kerana dengan adanya Meiosis kita dapat diwujudkan.Di samping itu ,Meiosis juga dapat menjamin sel gamet yang terhasil mempunyai bilangan kromosom haploid . Justeru itu , bagi organisma yang melakukan pembiakan seks , hanya melalui Meiosis , gamet dapat dibentuk.Dan ia juga boleh menghasilkan variasi yang diwarisi secara turun temurun . 


Link yang saya rujuki :-

Thursday, April 19, 2012

I WANT GROWTH ACTIVITY 5 & 6


1.Apakah kekeliruan yang kamu hadapi semasa mempelajari Aktiviti 5 dan Aktiviti 6 ?     
(100 patah perkataan)

a)Berikan dua kekeliruan yang kamu hadapi ?
i)Kekeliruan yang pertama saya dapati ialah saya tidak dapat membezakan kedudukan antara profasa , metafasa , anafasa dan seterusnya telofasa . Di samping itu , saya hanya fikir di antara fasa fasa tersebut hanya berlaku pada mitosis sahaja , rupanya anggapan yang saya bawa itu adalah kurang betul , kerana meiosis pun mengandungi fasa fasa tersebut tetapi sebanyak dua kali.
ii)Kekeliruan yang kedua pula ialah saya fikir bahawa kanser hanya ada pada kanser payudara tetapi sebenarnya tidak , kanser mempunyai pelbagai jenis , seperti kanser mata , kanser mulut ,kanser otak dan sebagainya.Dan saya juga merasakan semua pesakit yang menghidap kanser tidak boleh diubati tetapi sebenarnya mempunyai langkah langkah pencegahan yang boleh diambil.

b)Cadangkan nama pelajar yang kamu ingin menjawab kekeliruan kamu ?
Saya mencadangkan nama pelajar adalah seperti tertakluk di bawah ini .

2)Apakah tanggapan pertama anda mengenai Mitosis ? 
(100 patah perkataan)

Tanggapan saya mengenai mitosis ialah saya fikir bahawa mitosis itu lebih kurang sama seperti kromosom , padahal pada hakikatnya ia salah , bila cikgu HAIRUNNISA mula mengejar tentang apa itu Mitosis , saya dapat membezakan apa itu Mitosis and Meiosis dan dimana proses tersebut berlaku . Di samping itu juga , jikalau saya tidak belajar mengenai Mitosis juga , saya mungkin tidak tahu bahawa setiap Mitosis ada fasa fasa tertentu .Di samping itu juga mungkin saya tidak tahu berapa jumlah anak yang telah dihasilkan oleh Mitosis , ini kerana jumlah anak yang dihasilkan oleh Mitosis dan Meiosis adalah tidak sama .Di samping itu juga , saya fikir di Mitosis ada berlaku crossing over rupanya , jangkaan saya adalah salah dan kurang betul . 

3)Sila buat ringkasan apa yang telah dipelajari mengenai Mitosis? 
(150 patah perkataan)
Daripada aktiviti 6 yang saya telah pelajari , saya telah mendapat sedikit ilmu pengetahuan tentang apa yang akan berlaku jika Mitosis tidak terkawal . haa ! cuba jawab ! apa yang akan berlaku ? Mestilah macam macam boleh berlaku kan? Betul ta tekaan mira tu ? Masa tu mira buat about cancer paru paru , so ? Di sini , mira nak  ceritakan bagaimana ? faktor ? dan jenis rawatan untuk penyakit ni . jumm jumm . walaupun mata dah mengantok , jum kita teruskan .First of all , paru paru kanser adalah kanser yang membentuk sel sel lapisan dalam petikan udara .Haa ! Nak tahu bagaimana ia terjadi ? Siapa kata berpunca dari HISAP ROKOK ? Angkat kaki cepat ! cepat! Antara salah satu bagaimana ia terjadi adalah dengan MENGHISAP ROKOK ! so tekaan anda betul ! Kerana apabila kita merokok , kita telah menyedut asap yang mengandungi pelbagai beribu ribu ribu ribu ribu bahan kimia tau ! SO  , jangan lah menghisap rokok . Jenis rawatan untuk merokok ni mungkin tiada . So ? Langkah pencegahan awal adalah digalakkan untuk berhenti menghisap rokok . 

4)Setelah anda mempelajari sel , adakah pengetahuan mengenai Mitosis yang anda dapat kaitkan dalam kehidupan anda?
(50 patah perkataan)
Ehem, ehemm , saya merasakan mitosis ini memang boleh dikaitkan dalam kehidupan kerana jika mitosis ini tidak dapat dikawal macam macam boleh berlaku , penyakit kanser terutamanya yang banyak berlaku kepada wanita . Justeru , setiap orang mestilah makan makanan yang sihat dan sentiasa bersenam .Elakkan daripada makanan yang berkolestrol tinggi . Di samping itu, kerana Mitosis dan Meiosis ini lah kita dapat dilahirkan di dunia , di bawah langit yang sama . 

LINK YANG TELAH SAYA RUJUKI ><
Copyright@Segala Yang Tertulis Diatas Adalah Hakmilik AMIRASHUHAIDA