Followers

Thursday, April 19, 2012

I WANT GROWTH ACTIVITY 5 & 6


1.Apakah kekeliruan yang kamu hadapi semasa mempelajari Aktiviti 5 dan Aktiviti 6 ?     
(100 patah perkataan)

a)Berikan dua kekeliruan yang kamu hadapi ?
i)Kekeliruan yang pertama saya dapati ialah saya tidak dapat membezakan kedudukan antara profasa , metafasa , anafasa dan seterusnya telofasa . Di samping itu , saya hanya fikir di antara fasa fasa tersebut hanya berlaku pada mitosis sahaja , rupanya anggapan yang saya bawa itu adalah kurang betul , kerana meiosis pun mengandungi fasa fasa tersebut tetapi sebanyak dua kali.
ii)Kekeliruan yang kedua pula ialah saya fikir bahawa kanser hanya ada pada kanser payudara tetapi sebenarnya tidak , kanser mempunyai pelbagai jenis , seperti kanser mata , kanser mulut ,kanser otak dan sebagainya.Dan saya juga merasakan semua pesakit yang menghidap kanser tidak boleh diubati tetapi sebenarnya mempunyai langkah langkah pencegahan yang boleh diambil.

b)Cadangkan nama pelajar yang kamu ingin menjawab kekeliruan kamu ?
Saya mencadangkan nama pelajar adalah seperti tertakluk di bawah ini .

2)Apakah tanggapan pertama anda mengenai Mitosis ? 
(100 patah perkataan)

Tanggapan saya mengenai mitosis ialah saya fikir bahawa mitosis itu lebih kurang sama seperti kromosom , padahal pada hakikatnya ia salah , bila cikgu HAIRUNNISA mula mengejar tentang apa itu Mitosis , saya dapat membezakan apa itu Mitosis and Meiosis dan dimana proses tersebut berlaku . Di samping itu juga , jikalau saya tidak belajar mengenai Mitosis juga , saya mungkin tidak tahu bahawa setiap Mitosis ada fasa fasa tertentu .Di samping itu juga mungkin saya tidak tahu berapa jumlah anak yang telah dihasilkan oleh Mitosis , ini kerana jumlah anak yang dihasilkan oleh Mitosis dan Meiosis adalah tidak sama .Di samping itu juga , saya fikir di Mitosis ada berlaku crossing over rupanya , jangkaan saya adalah salah dan kurang betul . 

3)Sila buat ringkasan apa yang telah dipelajari mengenai Mitosis? 
(150 patah perkataan)
Daripada aktiviti 6 yang saya telah pelajari , saya telah mendapat sedikit ilmu pengetahuan tentang apa yang akan berlaku jika Mitosis tidak terkawal . haa ! cuba jawab ! apa yang akan berlaku ? Mestilah macam macam boleh berlaku kan? Betul ta tekaan mira tu ? Masa tu mira buat about cancer paru paru , so ? Di sini , mira nak  ceritakan bagaimana ? faktor ? dan jenis rawatan untuk penyakit ni . jumm jumm . walaupun mata dah mengantok , jum kita teruskan .First of all , paru paru kanser adalah kanser yang membentuk sel sel lapisan dalam petikan udara .Haa ! Nak tahu bagaimana ia terjadi ? Siapa kata berpunca dari HISAP ROKOK ? Angkat kaki cepat ! cepat! Antara salah satu bagaimana ia terjadi adalah dengan MENGHISAP ROKOK ! so tekaan anda betul ! Kerana apabila kita merokok , kita telah menyedut asap yang mengandungi pelbagai beribu ribu ribu ribu ribu bahan kimia tau ! SO  , jangan lah menghisap rokok . Jenis rawatan untuk merokok ni mungkin tiada . So ? Langkah pencegahan awal adalah digalakkan untuk berhenti menghisap rokok . 

4)Setelah anda mempelajari sel , adakah pengetahuan mengenai Mitosis yang anda dapat kaitkan dalam kehidupan anda?
(50 patah perkataan)
Ehem, ehemm , saya merasakan mitosis ini memang boleh dikaitkan dalam kehidupan kerana jika mitosis ini tidak dapat dikawal macam macam boleh berlaku , penyakit kanser terutamanya yang banyak berlaku kepada wanita . Justeru , setiap orang mestilah makan makanan yang sihat dan sentiasa bersenam .Elakkan daripada makanan yang berkolestrol tinggi . Di samping itu, kerana Mitosis dan Meiosis ini lah kita dapat dilahirkan di dunia , di bawah langit yang sama . 

LINK YANG TELAH SAYA RUJUKI ><

No comments:

Copyright@Segala Yang Tertulis Diatas Adalah Hakmilik AMIRASHUHAIDA