Followers

Sunday, April 15, 2012

MEOSIS ! GOOD ENTRY

         assalamualaikum w.b.t cikgu bagi aktiviti 7 meiosis ? huh  ! kepada sesiapa yang umurnya 16 atau 17 tahun mesti lah tahu apa itu  meiosis kan ? kalauu ta tahu tu , mesti masa cikgu ajar dia ta banyak fokus kan ? kan ? hahaha , jumm kita ulang balik and refresh otak kita yang dah bersarang ni untuk belajar meiosis ni , jumm jumm . 

FASA FASA MEIOSIS TERBAHAGI KEPADA DUA :-
MEIOSIS I
PROFASA  I
METAFASA I
ANAFASA  I
TELOFASA I

MEIOSIS II
PROFASA  II
METAFASA II
ANAFASA  II
TELOFASA II 


Peringkat Meiosis

(a) Interfasa 
-Sel menjalankan aktiviti normal
-Kromosom kelihatan seperti bebenang panjang dan halus

(b) Profasa I
-Kromosom memendek dan menebal
-Kromosom homolog berpasangan(sinapsis) membentuk bivalen
-Kromatid menjadi kian jelas
-Proses pindah silang berlaku antara kromatid kromatid bagi kromosom homolog
-Terdapat silangan kromatid dinamai kiasma
-Gelendung terbentuk di dalam sitoplasma

(c)Metafasa I
-Membran nukleus menghilang
-Bivalen menyusun di satah khatulistiwa dengan sentromer terikat pada gelendung
-Setiap kromosom dalam satu bivalen diarahkan menuju ke kutub yang bertentangan 

(d)Anafasa I 
-Pasangan homolog berpisah dan bergerak ke kutub bertentangan akibat pemendekan gelendung


(e) Telofasa I
-Kromosom tiba di kutub masing masing
-Gelendung menghilang
-Sitokinesis pembahagian sitoplasma berlaku secara pencerutan membran sel nukleus
-Membran nukleus baru terbentuk dan neukleolus muncul semula

(f) Interkinesis
-Peringkat rehat yang singkat
-Replikasi DNA tidak berlaku

(g) Profasa II
-Kromosom memendek dan menebal
-Kromatid kian jelas kelihatan
-Gelendung terbentuk biasanya pada sudut tepat dengan pembentukan gelendung pertama

(h) Metafasa II
-Membrane nukleus menghilang
-Kromosom tersusun di bawah satah khatulistiwa
-Kromatid kromatid terikat pada gelendung dengan sentromer


(i) Anafasa II
-Gelendung mengecut dan menarik kromatid kromatid bagi setiap kromosom ke arah yang bertentangan


(j)Telofasa II
-Kromatid kromatid sampai ke kutub
-Gelendung menghilang
-Membran nukleus dan nukleolus muncul semula
-Sitokinesis berlaku dengan menghasilkan dua sel anak daripada setiap anak sel yang dihasilkan dalam meiosis I
-Empat sel anak yang haploid terbentuk


     

5 link yang saya jadi rujukan adalah  : CUBA KLIK

-http://biology.about.com/od/meiosis/ss/meiosisstep.htm




Comel ta baby ni ? sorry lah , mira try to find gambar mira masa kecil kecil dulu , kalau dah jumpa nanti mira upload okay , okay byebye . jangan risau

5 comments:

Ganbatte Me said...

muka baby tu mcm takde prasaan langsung...haha

m!era m!a said...

hahaha ! maknanya dia baby yang lain daripada lain lah cikgu !hee .

Rohaiza said...

comelnye baby tuh.. hahahahaha

♥ zura ♥ said...

nice entry. baby tu pun comel :D

m!era m!a said...

nodame : baby ta de perasaan tu , hee

zura : haahahha , mekasehh , youu too .

Copyright@Segala Yang Tertulis Diatas Adalah Hakmilik AMIRASHUHAIDA